Get Adobe Flash player

Apa Itu Rokok Resdung Fakih?

Sumber Alam 100%

Rokok Resdung Fakih adalah sejenis rawatan resdung tradisional dengan konsep ‘Rokok Tanpa Gunakan Asap' yang diwarisi dan dibangunkan oleh Allahyarham Haji Ismail Fakih.

Rokok Resdung Fakih dibuat dengan menggunakan bahan 100% dari sumber alam yang dihasilkan salah satu haiwan disebut di dalam Al-Quran (kecuali kain sebagai bahan asas). TIada sebarang bahan kimia (additive) ditambah dengan tujuan untuk menambah keberkesanan produk kami.

TIada juga unsur-unsur mencurigakan dari segi agama seperti yang anda kadang kala temui dalam perubatan alternatif. Sebaliknya Rokok Resdung Fakih telah dibacakan ayat suci Al-Quran, oleh itu perlu dijaga dari dilangkah dan seeloknya diletakkan ditempat yang tinggi.

 

Rokok Resdung Fakih Berbeza Dari Rokok Pengasap Muka

Rawatan Rokok Pengasap Muka

Rokok Resdung Fakih adalah berbeza dari kebanyakan rokok resdung yang anda pernah temui kerana muka pesakit TIDAK DIASAPKAN, sebaliknya hama resdung* dikeluarkan dari muka pesakit secara terkumpul melalui kaedah mirip ‘bekam’.

Api pada rokok akan menyebabkan pengaliran udara yang menarik (sedutan) dan memerangkap hama resdung di hujung putung rokok. Kaedah ini adalah lebih Terkumpul, Bersih, Mudah dan Tidak Memedihkan Mata seperti kaedah pengasapan dalam gambar diatas. (Rujuk Panduan Rawatan untuk penerangan proses lebih jelas.)

Rokok pengasap muka lebih mudah ditemui dipasaran dan biasanya dijual pada harga yang murah. Jika anda mencari rokok sedemikian, anda berada di laman web yang salah :)

 

Bagaimana Rokok Resdung Fakih Boleh Bantu Saya?

Rokok Resdung Fakih (dengan izin Allah) keluarkan hama resdung dari kawasan muka pesakit. Hasil dari proses ini, anda akan mendapat faedah (lazimnya) seperti berikut:

1) Hidung  tersumbat menjadi lebih mudah bernafas

2) Hidung berair menjadi lebih kering dan selesa

3) Gatal dibahagian muka akan berkurangan

4) Bersin tak berhenti menjadi terkawal

Kesan rawatan biasanya boleh mula dirasai selepas 2 hingga 8 batang rawatan pertama. Jika ini tidak berlaku besar kemungkinannya anda mempunyai masalah lain dari resdung atau kaedah rawatan anda tidak betul. Hubungi Fakih dan Fakih akan menilai masalah anda serta membantu anda mencari penyelesaian lain.

Sekiranya anda tidak puas hati dengan Rokok Resdung Fakih atas apa saja sebab, kami sedia memulangkan 100% wang anda dengan Jaminan 60 Hari Fakih.

*Perkataan 'Hama Resdung' merujuk secara umumnya kepada mikroorganisma yang menyerang bahagian sinus pesakit resdung. Tidak wujud benda yang dikatakan 'ulat resdung'.