Tanda-tanda resdung adalah berbeza dari individu ke individu. Tetapi ada beberapa tanda-tanda spesifik yang sering muncul pada pesakit resdung:
- Gatal-gatal di kawasan muka —hidung, kawasan di sekitar hidung, dahi, mata, telinga, lelangit dan tekak— yang teruk.
- Hidung kerap berair walaupun tidak selsema.
- Kerengsaan hidung, dalam tekak dan telinga.
- Pening kepala.
- Sakit kepala.
Tanda-tanda ini muncul berulang kali terutamanya:
- Selepas mengambil makanan laut, makanan yang diperam (belacan, cencalok dsb) atau berMSG (ajinomoto). Terdapat juga bahan kimia pengawet yang boleh merangsang resdung.
- Pada waktu pagi, pada cuaca terlalusejuk (atau keadaan berhawa dingin) dan di tempat-tempat berhabuk.
Tanda-tanda ini kemungkinan besar (walaupun tidak semestinya) menandakan anda penghidap resdung atau juga dikenali sebagai sinusitus. Sila Ambil QTR untuk maklumat lanjut.